Sambungan -

Seorang ahli perubatan merangkak masuk ke dalam kereta tersebut untuk
melihat keadaan Diana dan mendapati bahawa beliau stabil tetapi kehilangan
banyak darah. Para paramedik kemudiannya menghantarnya ke hospital.
Mengikut sumber berita, dinyatakan bahawa Diana menghembuskan
nafasnya yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. Punca kemalangan
tersebut masih menjadi misteri di kalangan peminat dan pemerhati dunia.
Ada yang menyatakan bahawa pemandu pasangan tersebut telah meminum minuman
keras sebelum membawa kereta pada hari kejadian. Tetapi dinafikan pula oleh
pihak keluarga Dodi dan teman-teman rapat. Siasatan mengenai tragedi tersebut
masih belum dapat menentukan punca penyebab kemalangan itu berlaku sama
ada konspirasi atau kecuaian pemandu itu sendiri. Sehingga ke hari ini,
siasatan masih diteruskan dengan pihak pembuat syarikat Mercedes juga melakukan
siasatannya yang tersendiri.
kelihatan kereta yang dinaiki Diana diangkut oleh lori.
Antara gambar yang telah diubahsuai mengenai kejadian tersebut.
Gambar ini telah diragui kesahihannya.
Foto Diana enggan gambarnya diambil oleh para
jurugambar dan paparazzi
Kelibat Diana yang terakhir sebelum kejadian, Diana bersama
Dodi keluar dari Hotel Ritz,Paris.