PENGKEBUMIAN DIANA.
Kelihatan keranda Diana sedang diusung oleh tentera Diraja British.
Upacara Pengkebumian diadakan seminggu selepas kematiannya.Sesungguhnya
orang ramai telah diberi kesempatan untuk melihat perarakan keranda Diana
sejauh beberapa kilometer .Keranda tersebut diletakkan disebuah kereta
kecil pembawa meriam dan ditarik oleh 6 ekor kuda. Kereta tersebut bergerak
dari Istana Kesington, iaitu kediaman Diana sehingga ke Gereja Westmeinst
er Abbey. Ketika keranda tersebut melintasi Istana St. James . Putera Charles,
Putera William dan Putera Henry , bapa mertua Diana serta adik lelaki Diana
mengiringi keranda tersebut sehingga sampai ke gereja, tempat upacara keagamaan
diadakan .
Orang ramai yang memerhatikan perarakan tersebut berasa terharu
dan ada diantara mereka menitiskan air mata sebagai tanda kesedihan pemergian
Diana. Upacara pengkebumian itu disiarkan secara langsung oleh pihak media
di seluruh dunia yang dapat disaksikan oleh jutaan penonton . Pemergian
Diana merupakan satu kehilangan buat dunia kerana sumbangan jasa yang disumbangkan
oleh beliau.
Orang ramai memberi penghargaan kepada Diana dengan meletakkan jutaan
jambak bunga sebagai tanda penghormatan.