ZAMAN KANAK-KANAK

 

Pada bulan Julai 1961,telah lahir seorang puteri di bahagian timur England , berdekatan dengan Park House . Ayahnya, Earl Spencer pernah bertugas sebagai seorang pegawai kerajaan semasa pemerintahan King George VI. Ibunya bernama France Fermoys. Kedua orang tuanya telah bercerai dan beliau telah kehilangan kasih sayang ketika usianya baru berusia 6 tahun disebabkan ibunya yang berlaku curang dengan suaminya. Selepas bercerai, ibunya berkahwin dengan suami yang kedua iaitu Peter Shand-Kydd. Hak penjagaan Diana diserahkan kepada bapanya untuk dipelihara.

 

Di zaman kanak-kanaknya, beliau tidak mempunyai banyak teman sepermainan. Putera Edward dan Putera Andrew yang menjadi teman dan sahabat karib sejak kecil. Hanya mereka berdua sahajalah teman Diana bermain. Hobi Diana semasa kecil ialah membaca cerita kanak-kanak. Diana banyak menghabiskan masa di ladang dan rumahanya.

Sebenarnya Diana adalah seorang yang pemalu tetapi ceria dan periang. Beliau pernah belajar di sekolah yang terletak di Switzerland. Selepas tamat persekolahannya , beliau menceburi dalam bidang pendidikan . Beliau seorang yang suka mengambil berat dan mempunyai sifat penyayang. Beliau pernah menjadi seorang guru tadika dan akhirnya sebagai seorang pendidik yang berdedikasi. Pada umur 19 tahun , beliau telah bertemu dengan Putera Charles semasa Putera tersebut pergi memburu. Pada tahun 1981, perkahwinan mereka telah diistiharkan secara rasmi oleh pihak istana. Bermulalah kehidupan Diana sebagai seorang Puteri yang disanjungi.

 

 

 

next