TRAGEDI .

Pada 31 hb.Ogos, 1997, dunia dikejutkan dengan tragedi yang menyedihkan. Seorang puteri yang menjadi sanjungan rakyat telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya bersama teman lelakinya, Dodi.. Kematian Diana dikatakan berpunca daripada percubaan mereka ketika cuba melarikan diri daripada jurugambar yang dikenali sebagai 'Paparazzi'.Kereta yang dipandu oleh

seorang pemandu kepada mereka berdua telah memecut kereta mercedez S600 tanpa memikirkan bahaya yang menanti di hadapan mereka. Sebelum daripada peristiwa kemalangan itu berlaku, Diana dan Dodi telah menikmati makan malam di sebuah hotel kepunyaan bapa Dodi. Henry Paul, pemandu kereta tersebut memandu

 

 

dengan kadar kelajuan yang tinggi hingga melanggar terowong di Place de L'Alma,Paris. Menurut pihak polis, pemandu tersebut mempunyai kandungan alkohol tiga kali melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan Perancis. Dia juga dikatakan tidak mempunyai permit khas untuk memandu limosin. Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Pitie Salpertriere. Ini adalah kesan daripada pendarahan yang dialaminya selepas doktor cuba menyelamatkannya.

Di sini terdapat beberapa gambar lagi yang menunjukkan tragedi tersebut:-

 

 

Menurut satu sumber pada mulanya, Diana tidaklah begitu teruk kecederaannya daripada apa yang disangkakan. Mata kelihatan terbuka dan mukanya masih elok. Beliau kelihatan cukup cantik dan tenang .

Pada 12.35a.m., waktu di Paris iaitu 31 haribulan Ogos apabila ambulan-ambulan daripada Paris Emergency Medical Services mendapat panggilan untuk berkejar ke tempat kejadian. Panggilan tersebut diterima daripada seorang yang menelefon talian kecemasan . Polis tiba lebih awal daripada ambulan, mereka dapat melihat mayat Dodi dan pemandunya cedera parah dan mengerikan.

 

 

Tetapi pada masa tersebut Puteri Diana masih lagi bernyawa Diana dijumpai di tempat duduk penumpang dan tangannya masih merangkul tubuh Dodi yang berada di sebelahnya. Sementara itu , Trevor Rees-Jones iaitu pengawal peribadi Dodi yang duduk bersebelahan pemandu dengan sebahagian besar kepalanya,dada dan muka cedera teruk.Anggota paramedik membantu bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.