Make your own free website on Tripod.com
KELUARGA
 
 
Pada mulanya perkahwinan diraja ini berjalan seperti biasa dan penuh keharmonian. Mereka hidup gembira sebagai pasangan suami isteri seperti pasangan - pasangan yang lain. Pada 21 Jun 1982, pasangan ini telah menerima berita gembira apabila dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Putera William Arthur Philip Louis. Gelaran yang diberikan kepada anak ini ialah "Prince Wiliiam of Wales".Berita ini telah mengembirakan pihak istana dan pihak orang ramai kerana keluarga diraja mempunyai waris untuk takhta pemerintahan.
 
 

 

 

Kemesraan pasangan ini ternyata gembira dengan kehadiran Putera William dalam hidup mereka.

 

 

 

 

 

 
 
 
 
Suasana mesra bersama Putera William
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pada 15 September 1984, Putera yang kedua dalam hidup mereka lahir iaitu Putera Henry Charles Albert David atau "Prince Henry of Wales" tetapi lebih dikenali sebagai 'Prince Harry'. Berita kelahiran putera kedua diraja ini telah mengembirakan pihak kerabat diraja dan pasangan ini sendiri .
 

 

Gambar kiri : Putera William
Gambar kanan: Putera Henry
 
Sesungguhnya perkahwinan mereka seperti perumpamaan Melayu " Kusangkakan panas sehingga ke petang tetapi hujan ditengah hari" Perkahwinan mereka telah menghadapi konflik yang menjadi tumpuan pihak awam. Sewaktu Putera William lahir lagi, keretakan perkahwinan mereka sudahpun bermula sebenarnya tetapi mereka hanya memperlihatkan sikap bersahaja di khalayak ramai. Salah satu daripada contoh ialah sewaktu malam perjumpaan diraja dengan Permaisuri dan kerabat diraja yang berlangsung di Royal Albert Hall. Pada masa itu, Diana memberitahu Charles bahawa beliau berasa kurang sihat dan meminta Charles menemaninya. Satu pertelingkahan telah berlaku yang mana telah menyebabkan Diana menitiskan air mata tetapi Charles tetap mahukan Diana menghadiri majlis diraja berkenaan.
Mereka masih,
disamping keretakan hubungan mereka , mereka masih dapat berkongsi kegembiraan sepertimana yang berlaku sewaktu perjalanan ke Australia atau "Tour of Australia" kelihatan mereka masih berpegang tangan diantara satu sama lain dengan mesra. Tetapi yang paling menonjol dan kemuncak kegembiraan ialah sewaktu kelahiran Putera Henry. Kemudian pasangan ini telah diselubungi dengan saat kedukaan . Perbalahan mereka bermula semula dengan diikuti sikap mendiamkan diri kedua-dua pasangan tersebut. Ditambah lagi dengan kejadian apabila mereka sudah mula tidur berasingan dan mula renggang hubungan. Charles dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan yang dikenali sebagai Camilla Parker Bowles.
 

 
Kemuncak daripada keretakan hubungan pasangan diraja ini ialah apabila Ratu Elizabeth telah mengutuskan kepada Putera Charles supaya berpisah dan bercerai secara rasmi. Dengan peristiwa itu taraf peribadi diraja Diana telah diturunkan dan tidak mempunyai gelaran "Her Royal Highness" lagi. Diikuti dengan pengakuan Putera Charles di televisyen yang beliau mempunyai hubungan dengan perempuan lain semasa perkahwinan mereka.Lady Diana kemudian membuat keputusan untuk membuat pengakuan balas dengan mengaku di salah sebuah stesen televisyen mengenai hubungan cinta Diana dengan seorang perkerja diraja iaitu jurulatih peribadi Diana (yang mana Diana belajar menunggang kuda) iaitu James Hewitt. Penceraian mereka telah disahkan pada 28 ogos 1996.
 
Di satu upacara dimana kasih sayang terjalin antara pasangan
mereka dengan anak-anak mereka.