KRONOLOGI


1 Julai 1961 : Puteri Diana dilahirkan di Park House Sand Ring Ham Estate, anak ketiga daripada keluarga Edward John .

1967: Keretakan hubungan kedua ibubapa Diana.

April 1969: Penceraian ibubapanya sampai ke kemuncak. Ibunya berkahwin dengan Peter Shad-Kydd.

1975: Datuknya meninggal dunia, keluarganya berpindah ke Althorp, Northhamptonshire. Beliau bersekolah di West Heath School.

1977: Bapanya berkahwin dengan Raine. Diana menghabiskan persekolahannya di Switzerland. Beliau bertemu dengan Putera Wales dalam satu majlis.

1979: Bertugas sebagai guru pra-sekolah di Young England Kindergarden di London.

24 Februari 1981: Pertunangannya dengan Putera Wales diumumkan .

29 Julai 1981: Perkahwinan dengan Putera Charles yang berlangsung di Gereja St. Paul's dan diikuti dengan berbulan madu di Dordlands.

21 Jun 1982: Kelahiran cahaya mata yang pertama iaitu Putera William Arthur Philip Louis atau dikenali sebagai Prince William of Wales.

Mac 1983: Lawatan seberang laut yang pertama sebagai Puteri Wales bersama Putera Charles ke Australia, New Zealand dan Canada.

15 September 1984 : Anak kedua Puteri Diana lahir - Putera Henry Charles Albert David atau dikenali sebagai Prince Henry of Wales.

1986: Sarah Ferguson berkahwin dengan Putera Andrew.

1988: Menjadi "patron" kepada Persatuan Palang Merah Remaja British.Memainkan peranan penting dalam Persatuan Palang Merah di Canada dan Australia.

1990: Melawat negara Nigeria.

Mei 1990: Melawat Hungary bersama Putera Charles.

1991: Menjadi "patron" dalam National Aids Trust.

1992: Melawat Mother Teresa .

Mac1992: Bapanya meninggal dunia.

Jun 1992 : Andrew Morton menerbitkan buku berjudul Diana: The Truth Stroy. Melawat Korea Selatan. Masalah rumahtangga tidak dapat disembunyikan lagi.

Dis 1992: Upacara penceraian diumukan oleh Perdana Menteri, House of Commons.

28 Ogos 1996:: Perkahwinan dengan Putera Charles telah berakhir .

Januari 1997: Melawat Angola untuk menyokong kempen Palang Merah Sedunia dalam mengharamkan penggunaan periuk api.

Jun 1997 : Menyertai kerja amal untuk pesakit Aids dan kanser.

31 Ogos 1997 : Kematian Puteri Diana dalam suatu kemalangan yang ngeri di Paris.

6 September 1997 : Dikebumikan di Althorp .